Selasa, 29 Jun 2010
INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MATEMATIK
Semua guru pemulihan kelompok 7 diwajib menggunakan instrumen penentu penguasaan matematik bagi ujian pelepasan murid. Instrumen telah di edarkan kepada guru menggunakan hard copy (bagi yang minta), dan pendrive bagi yang hadir ke mesyuarat 25 Jun 2010. CD juga telah siap dan boleh mengambilnya di SK Sri Laksamana. Bagi memudahkan guru mendapatkan instrumen tersebut boleh membuka email kelompok7mt@yahoo.com. Data D-Pulih mesti dihantar sebelum 9 Julai 2010 bagi memudahkan kerja penghantaran data melalui online dan manual ke jabatan. Terima ksih : SU kelompok
Labels:
instrumen penentu matematik
Isnin, 21 Jun 2010
SENARAI TUGAS 2010
1. guru pemulihan khas
2. penyelaras Q-Net
3. penyelaras badan disiplin dan pengawas
4. ketua Kelab Pencegahan Jenayah
5. setiausaha kelompok 7 Pemulihan Masjid Tanah
6. guru pandu puteri tunas
7. ketua panitia pemulihan khas
8. penyelaras NILAM
2. penyelaras Q-Net
3. penyelaras badan disiplin dan pengawas
4. ketua Kelab Pencegahan Jenayah
5. setiausaha kelompok 7 Pemulihan Masjid Tanah
6. guru pandu puteri tunas
7. ketua panitia pemulihan khas
8. penyelaras NILAM
UJIAN PELEPASAN PEMULIHAN BM dan MATHS
Cuti sekolah penggal pertama dah habis. Macam biasa, balik semula ke sekolah kerja menimbun. Perkara pertama yang difikirkan ialah, Ujian pelepasan murid pemulihan. Lega rasa kalaulah ramai murid yang lepas ujian ni. Tapi bila dianalisis daripada latihan dan ujian formatif mereka..mungkin Bahasa Melayu hanya 3 orang yang lepas daripada 6 orang. Matematik pula mungkin hanya 2 orang daripada 9 orang. Kemudian, datang pula tetamu baru adik LINUS TEGAR. Semoga Allah mengekalkan dan menganugerahkan kesabaran yang tinggi kepada semua guru pemulihan. Percayalah, segala yang kita lakukan bukan di beri ganjaran gaji sahaja tetapi ganjaran yang besar disisi Allah kerana membantu anak2 istimewa iaitu insan yang sangat disayangi Allah.
PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI UNIT PEMULIHAN KHAS dan TAKLIMAT LINUS DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
Selasa, 22 Jun 2010, 2.30ptg ada perjumpaan ketua kelompok dengan Unit Pemulihan Khas. Manakala, Rabu. 23 Jun 2010, 2.00ptg ada taklimat LINUS di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Semua guru pemulihan kawasan Masjid Tanah terlibat dan dua orang guru LINUS daripada setiap sekolah kaw. Masjid Tanah diwajibkan hadir. Buat pertama kalinya guru LINUS dan guru Pemulihan dihimpunkan bersama-sama dalam satu dewan. Inilah masanya kita memecahkan segala kesulitan dan pencanggahan yang bermain di minda selama ini tentang Program yang baru dilaksanakan. Sebarang kemusykilan eloklah kita bertanya supaya ianya jelas dan tidak ada lagi slah faham yang berlaku antara guru LINUS dan guru pemulihan. Wassalam
Selasa, 20 April 2010
Mesyuarat Kelompok 20 hb 4 2010
Petang ni pukul 2.30 ada meeeting dengan kak Gayah, banyak perkara nak disampaikan. harap-harap semua ahli dapat hadir...adiosss
Jumaat, 9 April 2010
Perancangan kelompok 7 tahun 2010
Ada yang masih belum tahu perancang tahun 2010 ni. JPN ada edarkan kepada ketua2 kelompok aktiviti bagi tahun 2010.
1. Membaca secara kuat semasa perhimpunan - sepanjang tahun
2. Bercerita pendek semasa perhimpunan - februari - jun
3. Bimbingan kaedah bacaan baik & berkesan - Sepanjang tahun
4. Pertandingan bercerita kelompok & Negeri - Mei -Jun
5. Verifikasi data pemulihan - Februari, Julai, Oktober
6. Kursus Asas PK & LINUS - Mac
7. Kolaborasi dang Pendidikan Khas - Mac
8. Peningkatan ICT guru PK dalam kelompok - Mei
9. Latihan fakta asas congak (10 m)-Sepanjang tahun
10. Kursus & Bengkel teknik baca kira cepat (kelompok) - April
11. Bimbingan Rakan Taulan - Sepanjang tahun (4 kali perjumpaan)
12. Kem Jejak Prestasi 3M - Julai
13. Pertandingan keceriaan kelas PK - Ogos- oktober
14. Bengkel penyediaan & pertandingan baca, eja, kira - Julai-oktober
15. Lawatan - Ogos-oktober
16. Hari Kualiti - November
1. Membaca secara kuat semasa perhimpunan - sepanjang tahun
2. Bercerita pendek semasa perhimpunan - februari - jun
3. Bimbingan kaedah bacaan baik & berkesan - Sepanjang tahun
4. Pertandingan bercerita kelompok & Negeri - Mei -Jun
5. Verifikasi data pemulihan - Februari, Julai, Oktober
6. Kursus Asas PK & LINUS - Mac
7. Kolaborasi dang Pendidikan Khas - Mac
8. Peningkatan ICT guru PK dalam kelompok - Mei
9. Latihan fakta asas congak (10 m)-Sepanjang tahun
10. Kursus & Bengkel teknik baca kira cepat (kelompok) - April
11. Bimbingan Rakan Taulan - Sepanjang tahun (4 kali perjumpaan)
12. Kem Jejak Prestasi 3M - Julai
13. Pertandingan keceriaan kelas PK - Ogos- oktober
14. Bengkel penyediaan & pertandingan baca, eja, kira - Julai-oktober
15. Lawatan - Ogos-oktober
16. Hari Kualiti - November
Selasa, 6 April 2010
Arahan Terkini LINUS Tegar
Awal bulan 3, saya ada dapat panggilan dari Puan Rogayah, Pegawai Pemulihan Khas JPN Melaka.Berita terbaru buat guru pemulihan, LINUS tegar akan mula di ajar selepas saringan ke dua bulan Jun. Harap semua guru pemulihan bertungkus lumus mengajar anak2 pemulihan yang ada sekarang supaya mereka dapat dilepaskan pada bulan Jun kerana tetamu baru akan datang. :) Selamat berjaya dan bersabar mengajar anak2 istimewa ini.
Langgan:
Catatan (Atom)