Rabu, 4 November 2009

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN

A. Emosi dan tingkah laku
- perasaan risau dan rendah diri
- perasaan sedih atau hiba atau duka
- perasaan cepat bosan atau jemu tehadap pelajaran
- degil. tidak patuh pada peraturan dan suka melawan

B. Sosial
- gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan
- murid-murid lain benci kepadanya
- banyak perangai ganjil serta suka menghisap atau menggigit jari
- selalu tidak hadir ke sekolah
- berbohong dan kadang-kadang mencuri

C. Kesihatan
- lemah tubuh badan serta kurang zat makanan
- pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus)
- tumpuan perhatian terhad
- lemah gerak motor kasar dan halus
- kesihatan terganggu serta selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk

D. Kesediaan Belajar
- belum bersedia untuk belajar
- perbendaharaan kata kurang
- lemah pemahaman
- kurang percaya terhadap diri sendiri
- tempoh pembelajaran singkat

E. Pengamatan
- tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan
- lemah pendengaran bunyi
- keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
- lambat mengkelaskan benda
- kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru
- tidak dapat menyelesaikan masalah
- sukar buat kenyatan am
- sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang
- tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif
- lemah pergerakan dan perbuatan
- lemah daya pemikiran
- tidak bolehmengingat kembali

ANAK-ANAK HARAPAN PK MATHS T2

INSAN-INSAN TERSAYANG PK MATH T3

KENALI PEMULIHAN KHAS KELAS HARAPAN SKDDK

Pemulihan khas telah lama wujud di sekolah ini. Cuma apa yang berbeza adalah masa kewujudannya. Dahulu Pemulihan Khas sering dipandang sepi, kurang peranannya dalam sekolah, tetapi kini kelas ini memainkan peranan membantu pihak sekolah mengekalkan dan melonjakkan lagi peratus lulus UPSR. Pemulihan Khas SKDDK kini di bawah tanggungjawab Cikgu Norhamidah Ibrahim. Satu tanggungjawab besar untuk saya memastikan anak-anak SKDDK tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Mereka perlu menguasai ejaan, bacaan dan kemahiran mengira kerana 3 aspek tersebutlah kunci utama mereka menguasai mata pelajaran yang dipelajari.

Pada tahun 2008 Kelas Harapan SKDDK mempunyai 6 orang murid pemulihan Bahasa Melayu dan 5 orang murid pemulihan Matematik. Sehingga hujung tahun seramai 5 orang yang telah berjaya dikeluarkan. Pada tahun 2009 pula 19 orang murid pemulihan yang dicalonkan. Pemulihan Matematik 11 orang dan 8 orang pemulihan Bahasa Melayu. Perkara penting sebagai guru pemulihan khas adalah KESABARAN. Itulah kunci utama murid dapat mendekati kita dan kita juga berjaya mendekati mereka.
 

PEMULIHAN KHAS SEK. KEB. DURIAN DAUN (K) © 2008. Design By: SkinCorner