Khamis, 3 Disember 2009

KEHILANGAN SEORANG SINAR


Puan Zainon Binti Suboh (GPK KoKu SKDDK- tudung ungu) telah dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM. Selamat menjalankan tugas baru sebagai GPK HEM di SK Masjid Tanah. Pemergian beliau sangat dirasai kerana sepanjang di SKDDK beliau merupakan Pentadbir yang ditugaskan memantau Kelas Pemulihan. Beliau diibaratkan sinar kerana telah banyak menyumbang idea, berkongsi pengalaman beliau yang pernah menjadi guru pemulihan dan kata-kata semangat yang diberikan kepada Guru Pemulihan. Semoga Allah melindungi dan memberkati hidup beliau.

ROMBONGAN KELOMPOK 7 KE MELAKA BANDAR WARISAN DUNIA


Pada September 2009, Jabatan Pelajaran Melaka telah menganjurkan robongan kelompok pemulihan negeri Melaka. Kelompok 7 dan 8 kawasan Masjid Tanah bersama-sama bekerjasama untuk memastikan rombongan tersebut berjalan dengan baik. SKDDK telah memilih murid-murid yang telah berjaya melepasi Ujian Pelepasan Matematik dan Bahasa Melayu sebagai hadiah buat mereka. Tempat yang dilawati IOM Malaysia, Menara Taming Sari, River Cruise, Sekitar A-Famosa dan Zoo Melaka. Murid tersebut ialah Siti Nor Naduwah (Pem. Maths & BM), Ahmad Saifudin (Pem. Maths & BM), Afif Hakimie (Pem. BM), dan Mohd. Izali (Pem. Maths).

TAHNIAH BUAT AHMAD SAIFUDDIN: JOHAN MENGEJA KELOMPOK 7


Pada pertengahan tahun 2009, kelompok 7 telah menganjurkan pertandingan baca, eja dan kira. Sek. Keb. Durian Daun (K) telah mendapat johan dalam pertandingan mengeja, naib johan pertandingan mengira dan saguhati pertandingan membaca. Tahniah diucapkan kepada anak-anak kesayang iaitu adik ahmad Saufuddin (Johan eja), Adik Nur Afiqah (N. Johan kira) dan Adik Nur Adnin (Saguhati membaca).

Rabu, 2 Disember 2009

TAYANGAN PEMULIHAN KHAS 2009

LAPORAN PELEPASAN MURID PEMULIHAN KHAS 2009

Sepanjang tahun 2009 seramai 19 orang murid telah dicalonkan ke Pemulihan Khas Kelas Harapan SKDDK. Seramai 11 orang yang telah berjaya melepasi ujian pelepasan. Berikut laporan murid yang telah lulus ujian pelepasan 2M, dan Ujian Pelepasan Matematik.

Tahun 3 BM (Ujian Januari): 3 orang
Tahun 2 BM (Ujian Oktober): 2 orang

Tahun 3 Math (Ujian Jun): 3 orang
Tahun 3 Math (Ujian oktober) : 1 orang
Tahun 2 Math (Ujian oktober) : 2 orang

Baki seramai 8 orang akan meneruskan pembelajaran mereka di dalam kelas pemulihan bagi tahun 2010. Diharap murid-murid yang telah ke kelas perdana akan dapat belajar dengan mudah dan murid-murid yang masih di kelas pemulihan tahun 2010 akan dapat menguasai kemahiran asas 3m sebaik mungkin.

TUGAS GURU PEMULIHAN KHAS

Tuesday, November 3, 2009
Tugas Guru Pemulihan Khas
1. Menjalankan kerja-kerja pemulihan Bahasa Melayj dan Matematik khusus untuk murid-murid lemah atau lambat yang terpilih daripada ujian KIA2M atau Ujian akhir tahun. Keutamaan diberikan kepada murid tahun 2 dan 3.

2. Membantu guru0guru lain mengenalpasti merid-murid bermasalah menguasai kemahiran asas 3M dan merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

3. Berjumpa dan berbincang dengan guru asas, ibu bapa, pengawal perubatan, pegawai kebajikan atau pihak-pihak yang lain berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjt tentang latar belakang dan biodata murid-murid yang belummenguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program Pemulihan Khas.

4. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan dan hasil-hasil temubual dan rujukan.

5. Menyediakan fail diri setiap murid pemulihan yang mengandungi
- borang pencalonan
- borang latar belakang murid pemulihan
- borang pengumpulan maklumat
- ujian saringan dan diagnostik
- lembaran kerja
- hasil-hasil penilaian yang dijalankan
- maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan murid pemulihan
- menjadi Ahli Jawatankuasa Pendidikan Khas Sekolah
- Menjadi setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas
- Menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

6. Jadual waktu guru pemulihan khas
- masa mengajar 990 minit seminggu
- masa persediaan dan panduan 120 minit seminggu
Jumlah keseluruhan masa guru pemulihan ialah 1110 seminggu

7. Masa persediaan guru pemulihan perlu digunakan untuk perkara berikut:
- membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid
- membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran
- mengemas kini rekod-rekod
- bimbingan dan kaunseling kepada murid
- rundingan cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa
- runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid
- mengemaskini sudut-sudut pembeajaran
- sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid

8. Pencalonan murid dilakuakan oleh guru kelas, guru besar dan ibu bapa atau penjaga.

9. Mengumpul maklumat daripada
- guru besar : rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
- guru kelas : kehadiran murid, ketepatan masa ke sekolah, dan perhubungan dengan rakan-rakan
- ibu bapa/ penjaga: tingkah laku umum, kegemaran dan perkara yang tidak digemari, dan sikap murid terhadap pelajaran

Rabu, 4 November 2009

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN

A. Emosi dan tingkah laku
- perasaan risau dan rendah diri
- perasaan sedih atau hiba atau duka
- perasaan cepat bosan atau jemu tehadap pelajaran
- degil. tidak patuh pada peraturan dan suka melawan

B. Sosial
- gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan
- murid-murid lain benci kepadanya
- banyak perangai ganjil serta suka menghisap atau menggigit jari
- selalu tidak hadir ke sekolah
- berbohong dan kadang-kadang mencuri

C. Kesihatan
- lemah tubuh badan serta kurang zat makanan
- pertumbuhan tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus)
- tumpuan perhatian terhad
- lemah gerak motor kasar dan halus
- kesihatan terganggu serta selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk

D. Kesediaan Belajar
- belum bersedia untuk belajar
- perbendaharaan kata kurang
- lemah pemahaman
- kurang percaya terhadap diri sendiri
- tempoh pembelajaran singkat

E. Pengamatan
- tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan turutan
- lemah pendengaran bunyi
- keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah
- lambat mengkelaskan benda
- kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru
- tidak dapat menyelesaikan masalah
- sukar buat kenyatan am
- sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang
- tidak dapat membuat kerja-kerja kreatif
- lemah pergerakan dan perbuatan
- lemah daya pemikiran
- tidak bolehmengingat kembali

ANAK-ANAK HARAPAN PK MATHS T2

INSAN-INSAN TERSAYANG PK MATH T3

KENALI PEMULIHAN KHAS KELAS HARAPAN SKDDK

Pemulihan khas telah lama wujud di sekolah ini. Cuma apa yang berbeza adalah masa kewujudannya. Dahulu Pemulihan Khas sering dipandang sepi, kurang peranannya dalam sekolah, tetapi kini kelas ini memainkan peranan membantu pihak sekolah mengekalkan dan melonjakkan lagi peratus lulus UPSR. Pemulihan Khas SKDDK kini di bawah tanggungjawab Cikgu Norhamidah Ibrahim. Satu tanggungjawab besar untuk saya memastikan anak-anak SKDDK tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka. Mereka perlu menguasai ejaan, bacaan dan kemahiran mengira kerana 3 aspek tersebutlah kunci utama mereka menguasai mata pelajaran yang dipelajari.

Pada tahun 2008 Kelas Harapan SKDDK mempunyai 6 orang murid pemulihan Bahasa Melayu dan 5 orang murid pemulihan Matematik. Sehingga hujung tahun seramai 5 orang yang telah berjaya dikeluarkan. Pada tahun 2009 pula 19 orang murid pemulihan yang dicalonkan. Pemulihan Matematik 11 orang dan 8 orang pemulihan Bahasa Melayu. Perkara penting sebagai guru pemulihan khas adalah KESABARAN. Itulah kunci utama murid dapat mendekati kita dan kita juga berjaya mendekati mereka.
 

PEMULIHAN KHAS SEK. KEB. DURIAN DAUN (K) © 2008. Design By: SkinCorner