Selasa, 29 Jun 2010
INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MATEMATIK
Semua guru pemulihan kelompok 7 diwajib menggunakan instrumen penentu penguasaan matematik bagi ujian pelepasan murid. Instrumen telah di edarkan kepada guru menggunakan hard copy (bagi yang minta), dan pendrive bagi yang hadir ke mesyuarat 25 Jun 2010. CD juga telah siap dan boleh mengambilnya di SK Sri Laksamana. Bagi memudahkan guru mendapatkan instrumen tersebut boleh membuka email kelompok7mt@yahoo.com. Data D-Pulih mesti dihantar sebelum 9 Julai 2010 bagi memudahkan kerja penghantaran data melalui online dan manual ke jabatan. Terima ksih : SU kelompok
Labels:
instrumen penentu matematik
Isnin, 21 Jun 2010
SENARAI TUGAS 2010
1. guru pemulihan khas
2. penyelaras Q-Net
3. penyelaras badan disiplin dan pengawas
4. ketua Kelab Pencegahan Jenayah
5. setiausaha kelompok 7 Pemulihan Masjid Tanah
6. guru pandu puteri tunas
7. ketua panitia pemulihan khas
8. penyelaras NILAM
2. penyelaras Q-Net
3. penyelaras badan disiplin dan pengawas
4. ketua Kelab Pencegahan Jenayah
5. setiausaha kelompok 7 Pemulihan Masjid Tanah
6. guru pandu puteri tunas
7. ketua panitia pemulihan khas
8. penyelaras NILAM
UJIAN PELEPASAN PEMULIHAN BM dan MATHS
Cuti sekolah penggal pertama dah habis. Macam biasa, balik semula ke sekolah kerja menimbun. Perkara pertama yang difikirkan ialah, Ujian pelepasan murid pemulihan. Lega rasa kalaulah ramai murid yang lepas ujian ni. Tapi bila dianalisis daripada latihan dan ujian formatif mereka..mungkin Bahasa Melayu hanya 3 orang yang lepas daripada 6 orang. Matematik pula mungkin hanya 2 orang daripada 9 orang. Kemudian, datang pula tetamu baru adik LINUS TEGAR. Semoga Allah mengekalkan dan menganugerahkan kesabaran yang tinggi kepada semua guru pemulihan. Percayalah, segala yang kita lakukan bukan di beri ganjaran gaji sahaja tetapi ganjaran yang besar disisi Allah kerana membantu anak2 istimewa iaitu insan yang sangat disayangi Allah.
PERJUMPAAN DENGAN PEGAWAI UNIT PEMULIHAN KHAS dan TAKLIMAT LINUS DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
Selasa, 22 Jun 2010, 2.30ptg ada perjumpaan ketua kelompok dengan Unit Pemulihan Khas. Manakala, Rabu. 23 Jun 2010, 2.00ptg ada taklimat LINUS di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Semua guru pemulihan kawasan Masjid Tanah terlibat dan dua orang guru LINUS daripada setiap sekolah kaw. Masjid Tanah diwajibkan hadir. Buat pertama kalinya guru LINUS dan guru Pemulihan dihimpunkan bersama-sama dalam satu dewan. Inilah masanya kita memecahkan segala kesulitan dan pencanggahan yang bermain di minda selama ini tentang Program yang baru dilaksanakan. Sebarang kemusykilan eloklah kita bertanya supaya ianya jelas dan tidak ada lagi slah faham yang berlaku antara guru LINUS dan guru pemulihan. Wassalam
Langgan:
Catatan (Atom)