Selasa, 20 April 2010
Mesyuarat Kelompok 20 hb 4 2010
Petang ni pukul 2.30 ada meeeting dengan kak Gayah, banyak perkara nak disampaikan. harap-harap semua ahli dapat hadir...adiosss
Jumaat, 9 April 2010
Perancangan kelompok 7 tahun 2010
Ada yang masih belum tahu perancang tahun 2010 ni. JPN ada edarkan kepada ketua2 kelompok aktiviti bagi tahun 2010.
1. Membaca secara kuat semasa perhimpunan - sepanjang tahun
2. Bercerita pendek semasa perhimpunan - februari - jun
3. Bimbingan kaedah bacaan baik & berkesan - Sepanjang tahun
4. Pertandingan bercerita kelompok & Negeri - Mei -Jun
5. Verifikasi data pemulihan - Februari, Julai, Oktober
6. Kursus Asas PK & LINUS - Mac
7. Kolaborasi dang Pendidikan Khas - Mac
8. Peningkatan ICT guru PK dalam kelompok - Mei
9. Latihan fakta asas congak (10 m)-Sepanjang tahun
10. Kursus & Bengkel teknik baca kira cepat (kelompok) - April
11. Bimbingan Rakan Taulan - Sepanjang tahun (4 kali perjumpaan)
12. Kem Jejak Prestasi 3M - Julai
13. Pertandingan keceriaan kelas PK - Ogos- oktober
14. Bengkel penyediaan & pertandingan baca, eja, kira - Julai-oktober
15. Lawatan - Ogos-oktober
16. Hari Kualiti - November
1. Membaca secara kuat semasa perhimpunan - sepanjang tahun
2. Bercerita pendek semasa perhimpunan - februari - jun
3. Bimbingan kaedah bacaan baik & berkesan - Sepanjang tahun
4. Pertandingan bercerita kelompok & Negeri - Mei -Jun
5. Verifikasi data pemulihan - Februari, Julai, Oktober
6. Kursus Asas PK & LINUS - Mac
7. Kolaborasi dang Pendidikan Khas - Mac
8. Peningkatan ICT guru PK dalam kelompok - Mei
9. Latihan fakta asas congak (10 m)-Sepanjang tahun
10. Kursus & Bengkel teknik baca kira cepat (kelompok) - April
11. Bimbingan Rakan Taulan - Sepanjang tahun (4 kali perjumpaan)
12. Kem Jejak Prestasi 3M - Julai
13. Pertandingan keceriaan kelas PK - Ogos- oktober
14. Bengkel penyediaan & pertandingan baca, eja, kira - Julai-oktober
15. Lawatan - Ogos-oktober
16. Hari Kualiti - November
Selasa, 6 April 2010
Arahan Terkini LINUS Tegar
Awal bulan 3, saya ada dapat panggilan dari Puan Rogayah, Pegawai Pemulihan Khas JPN Melaka.Berita terbaru buat guru pemulihan, LINUS tegar akan mula di ajar selepas saringan ke dua bulan Jun. Harap semua guru pemulihan bertungkus lumus mengajar anak2 pemulihan yang ada sekarang supaya mereka dapat dilepaskan pada bulan Jun kerana tetamu baru akan datang. :) Selamat berjaya dan bersabar mengajar anak2 istimewa ini.
Ahad, 21 Februari 2010
LINUS TEGAR & PEMULIHAN
2 minggu lepas JPN Melaka ada memanggil wakil2 dari kelompok pemulihan (khususnya ketua kelompok) & PPD untuk mendengar taklimat berkaitan pemulihan dan LINUS. Emm... kerja guru pemulihan ni semakin mencabar. Selepas sahaja murid tahun 1 menjalani ujian saringan bulan Mac, sekiranya skor murid 0-2 dan layak ke pemulihan murid itu adalah LINUS TEGAR. Camna lah nak masukkan murid tahuan 1 kat kelas pemulihan SKDDK yang hanya 1 bay? Takpelah...hendak memulih seribu daya taknak banyakla dalihnya. Selamat berjuang kepada guru2 pemulihan, memang susah sedikit tahun ni, tapi bagus juga murid2 tegar dimasukkan awal, senang kita jugak nanti...dah lepas budak2 tu nanti baru nampak kesenangannya.
Labels:
linus dan pemulihan
Ahad, 24 Januari 2010
CIRI GURU PEMULIHAN
Bukan mudah menjadi guru Pemulihan Khas. Orang kata menjadi guru pemulihan khas senang, tak banyak kerja, tak penat macam guru perdana dan low profile. Kalau tak duduk di tempatnya memang mudah lidah berkata dan kepala mengangguk mengiakan aja. Tapi yang perit menerima adalah Guru Pemulihan sendiri. Tuhan telah memilih kita sebagai hamba yang disayanginya. Tuhan tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan diri kita.
Antara ciri guru pemulihan yang perlu ada ialah:
1. Penyabar
2.Penyayang
3. Bersedia menjalankan tanggungjawab
4. Kreatif dan inovatif
5.Rajin membuat penyelidikan
6. Rajin membaca
7.Bersedia melakukan perubahan
8. Bertenaga
9.Aplikasi program komputer dan ICT
10. Sanggup bekorban duit, masa dan tenaga
11.Prihatin
12.Kecindan
13.Bijak mencari peluang
Antara ciri guru pemulihan yang perlu ada ialah:
1. Penyabar
2.Penyayang
3. Bersedia menjalankan tanggungjawab
4. Kreatif dan inovatif
5.Rajin membuat penyelidikan
6. Rajin membaca
7.Bersedia melakukan perubahan
8. Bertenaga
9.Aplikasi program komputer dan ICT
10. Sanggup bekorban duit, masa dan tenaga
11.Prihatin
12.Kecindan
13.Bijak mencari peluang
Labels:
Ciri Guru Pemulihan Khas
Sesi Persekolahan 2010
Tahun 2010 telahpun menampakkan sinarnya. Ahli ekonomi menjangkakan PEMULIHAN semula ekonomi dunia akan berlaku pada tahun 2010. Tapi tentang PEMULIHAN khas, tiada siapa yang dapat menjangkakan berapa orang yang akan dicalonkan dan berapa orang yang akan dilepaskan. Baki murid yang dibawa dari tahun 2009 ke 2010 ialah 8 orang. Manakala murid yang dicalonkan oleh guru KIA tahun 2010 untuk menjalani ujian saringan pemulihan ialah 8 orang. Murid yang didapati gagal dalam Ujian saringan ialah seramai 3 orang. Manakala, seramai 6 orang murid dicalonkan Ujian IMA matematik oleh guru perdana, tetapi hanaya 3 orang yang benar-benar tidak menguasai asas matematik. Jumlah keseluruhan pada tahun 2010 ialah:
Tahun 2 BM : 3 orang
Tahun 2 Maths: 3 orang
Tahun 3 BM: 3 orang
Tahun 3 Maths: 5 orang
Jumlah murid Kelas Pemulihan Khas SKDDK 2010 ialah 14 orang.
Tahun 2 BM : 3 orang
Tahun 2 Maths: 3 orang
Tahun 3 BM: 3 orang
Tahun 3 Maths: 5 orang
Jumlah murid Kelas Pemulihan Khas SKDDK 2010 ialah 14 orang.
Labels:
Pencalonan murid 2010
Khamis, 3 Disember 2009
KEHILANGAN SEORANG SINAR
Puan Zainon Binti Suboh (GPK KoKu SKDDK- tudung ungu) telah dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM. Selamat menjalankan tugas baru sebagai GPK HEM di SK Masjid Tanah. Pemergian beliau sangat dirasai kerana sepanjang di SKDDK beliau merupakan Pentadbir yang ditugaskan memantau Kelas Pemulihan. Beliau diibaratkan sinar kerana telah banyak menyumbang idea, berkongsi pengalaman beliau yang pernah menjadi guru pemulihan dan kata-kata semangat yang diberikan kepada Guru Pemulihan. Semoga Allah melindungi dan memberkati hidup beliau.
Labels:
Kehilangan Seorang Sinar
Langgan:
Catatan (Atom)
